21 January 2013

All About Kem PLKN Miri (Last)

Sehari lepas kitorang buat pertandingan kawad and pertandingan futsal, kitorang ada khidmat komuniti pulakkk. Kitorang dipecahkan kepada 3 kumpulan. Ada yang pergi ke masjid, ke rumah anak yatim dan last sekali ke rumah panjang. Kitorang Delta dan Alpha bergabung dan memberi khidmat di salah satu masjid kat bandar Miri. Yey. Here we come. Perjalanan kitorang bermula pada pukul 8 pagi, which is kitorang bergerak terlebih awal daripada kumpulan lain. Sampai je kat masjid tu, kitorang mula diberikan tugas. Yang muslim bergerak ke masjid dan yang non-muslim pergi ke bangunan sebelah which is tadika agama. Kitorang membersihkan parit, menyapu, mengelap tingkap, memotong rumput. Tapi yang best nyer kitorang tak banyak tugas sebab masjid tu dah bersih. Bersih giler. Kitorang waktu buat pembersihan tu kitorang jumpa 2 ekor kucing. Seekor macam Garfield dan seekor lagi anak kucing. Dua-dua warna kuning. Comel seyyy. Kejap gi korang tengok.



Lepas penat memerah tenaga akhirnya kerja kitorang settel gak. Kitorang disajikan dengan mi hoon goreng dan banyak lagi kuih muih. Air memang sedap laa. Air oren sejukk ! Kitorang chill dan relax sementara tunggu bas kitorang sampai. Kira-kira pukul 11 lebih kitorang balik ke kem. Lepas tu masuk dorm dan terus tidur. Sampai je kat kem, diorang yang pergi ke rumah anak yatim dan rumah panjang belum gi sampai. Diorang sampai pukul 2. Petang tu Ejad tak ingat apa yang kitorang buat. Kalau tak silap kitorang buat raptai untuk majlis penutupan kem. Diorang buat panggilan cakap yang raptai bermula pukul 4. Kitorang pakai baju PT dan seluar sukan yang sangat tak cool sebab ada span kat lutut. Hahahaha. Lepas minum petang terus kitorang buat raptai. Malas laa nak cerita pasal benda alah ni. Kitorang yang menang pertandingan kawad kena perform kat majlis penutupan nanti. Aish. . Malamnya pulak kitorang buat raptai kat dewan. Mana tahu hari hujan ke esok pagi, kitorang buat penutupan kat dewan. Kejap pulak penutupan kat dewan. 2 kali ganda sekejap je.

Tetapi, lain pulak jadinya. Hari tak hujan and the results is kitorang buat penutupan kat padang kawad. Mula-mula majlis berjalan dengan lancar. Kitorang nyanyi lagu Negaraku, PLKN and ikrar Rukun Negara dah kira okey but then sehinggalah kitorang kena buat barisan kat tepi padang kawad mengikut kompeni. Kumpulan kawad dikhaskan kat tengah-tengah. Performance pada hari tu gempak jugak laa. Dimulakan dengan persembahan kawad dan diikuti persembahan Hakka. Ala-ala komando ke ntah apa benda tu. Haha. Sebelum habis majlis tu, ada majlis penurunan bendera. Pihak kem ada jemput sorang laki ni. Seorang askar laa. Kerja dier tuip something macam seruling tu. Bendera turun and dier pun tiup. Alunan muzik yang sedih memang mencengkam jiwa. Sedih. Selesai je majlis, kitorang lempar beret ke udara. Ala-ala graduasi gitu. Tiba-tiba airmata berlinangan laa pulak. Ntah kenapa Ejad rasa sebak sangat. Bukan Ejad sorang je. Dengan member sekali menangis. 










Andai masa boleh berhenti waktu tu, kan elok ? Beret basah disebabkan kuat nangis. Hmm. Lepas kitorang selesai je majlis tu, kitorang balik ke dewan and wait for next announcement. Tiba masa untuk kitorang hantar baju loreng yang telah sekian lama berkhidmat dengan kitorang. Kitorang bawa laa harta benda ni semua turun ke dewan and tunggu cikgu panggil giliran kitorang. Sementara kitorang menunggu giliran, Ejad and the gang bawa baju kelas ke dewan dengan tujuan mengadakan sesi autograf. Kitorang pergi dari meja ke meja untuk dapat autograf daripada member lain. Nasib baik diorang sporting giler. Ada jugak member yang berlatih untuk perform sebelah malamnya untuk Malam Simpulan Kasih. Sebelum petang terakhir tu, Ejad duduk kat dewan dengan sorang Wira ni. Ejad pernah pasang impian nak luangkan masa dengan budak tu. So Ejad rasa, petang tu laa masa paling sesuai. Ejad stay kat dewan dengan Ema and the gang sebab diorang practice menari. Ejad makan, minum semua waktu Ejad pada 13 Julai tu Ejad habiskan kat dewan. Sebab keesokkan paginya kitorang semua balik. Sambung balik kisah tadi. Ejad minta laa sign Wira tu, and diew duduk berhadapan Ejad. Dier sign baju Ejad and dier tanya kat Ejad, "Nak tulis gak ke yang panda tu ?" Ejad tersentap dan terus jawab, "Boleh gak. .(muka merah padam)" And dier tulis kat baju Ejad data pasal dier. Nama penuh, email, nombor telefon, tandatangan dan yang paling berharga ialah perkataan SI PANDA yang dier tuliskan. Tiba-tiba dier tenung mata Ejad dalam dalammmm. Dier cakap dier nak minta maaf kalau selama ni dier ada sakitkan hati Ejad secara sengaja atau tak sengaja. Mata Ejad dah berlinangan dengan air mata. Ejad terus cakap kat dier, "Tak yah laa cakap macam ni. Sebak tau tak ?" Dier balas dengan senyuman je. Lepas tu Ema datang. Okey. Dier potong saat romantis kitorang. HAHAHAHAHA. Gelak kuat sebab imaginasi terlampau maju. Lepas tu kitorang borak-borak. And kebetulan gak pada petang tu turn Ejad dan Ema hantar dobi. Eh, bukan hantar. Ambil baju yang kering. Ema pelawa Wira tu pergi bilik logistik sama-sama untuk ambil dobi. Ejad tengok muka dier. Alahaiii comel nyerrr :3 Dier pun setuju. Kitorang jalan beriringan. Wira tu diantara Ejad dan Ema. Sampai je bilik logistik tu, jumpa pulak si Ahmad Alpha. Kitorang duduk kat tengah jalan and chit chat sekejap. Selesai je ambil baju, Ejad dan Ema terus lepak kat dewan. Wenny dan Penny (Ejad gelar diorang ni Madu dan Honey) ada kat dalam bilik mesyurarat nak atur medal. Ejad dan budak tu duduk kat meja makan sementara Ema pergi jumpa Madu dan Honey. Ejad borak dengan budak tu, then dier tanya Ejad soalan personal. Tak pernah orang tanya Ejad soalan yang boleh mengganggu privasi Ejad. Berikut merupakan dialognya tetapi ada unsur tokok tambah sikit. Tak yah laa. Terlalu private. Lepas tu dier ajak Ejad duduk kat tempat VIP untuk malam nanti. Ejad duduk sebelah dier arr. And dier tanya kat Ejad pasal sejarah silam Ejad. Kira macam mencari persamaan. Kenyataannya, kitorang memang banyak persamaan. Anak sulung dalam keluarga, berpasangan dengan orang bukan Islam dan ada campuran darah Cina. Tu diaaa. Ema sengaja tinggalkan kitorang berdua sampai ada satu group laki ni yang tak tahu dari mana datang menyergah and cakap kitorang berdating. 

" Haaa. Korang dating tak bagi tahu aku ek ? Oh. Tak sangka kau curang kat aku ek ? "- Esz

Mamat yang bernama ESZ tu gila perasan hensem. Gelak kuattttttttttttt ! Tak lama lepas tu, dewan jadi senyap balik. Yang tinggal cuma Ejad dan budak laki tu. Si Wira sambung pulak kisah broken heartnya. And Ejad pun cerita pasal kisah broken heart Ejad. Dier laa lelaki pertama yang Ejad ceritakan pasal rahsia Ejad, pasal hubungan Ejad dan sejarah hidup Ejad yang tak semua orang tahu. Jam sudah pukul 6, tibanya masa kitorang balik ke dorm dan bersiap untuk Malam Simpulan Kasih. Dier...memang... hensemm <3

Tibalah masa untuk Malam Simpulan Kasih. Majlis ni ada 2 sesi. Sesi formal dan sesi bebas. Sesi formal ni ada tetamu jemputan iaitu Komanden dan pihak atasan yang lain. Sesi bebas pula ialah majlis yang main goreng je sebab MC malam tu ialah Petruzie dan Affie. Malam terakhir tu, pelbagai jenis persembahan telah dipersembahkan oleh pelatih kem. Sebelum berakhirnya majlis formal, ada majlis penyampaian hadiah untuk kesemua aktiviti yang telah dianjurkan oleh pihak kem. Handphone kitorang ambil ikut bilik. Bilik Ejad ialah nombor 9 so lama lagi nak ambil. Ejad memang enjoy laa malam tu. Majlis bebas mula pulak setelah selesai majlis formal. Kitorang buka hamper, makan sama-sama dan yang paling penting, sesi bergambar bersama member.









Parti tu berakhir pada pukul 2 pagi. Ejad balik ke dorm dengan Ema. Malam tu Ejad tak dapat lelapkan mata, sebab taknak malam berakhir dengan tangisan.





































Sejujurnya, ni lah kenangan paling terindah yang Ejad dapat sepanjang Ejad bernafas. Kenangan yang mungkin Ejad rindu, kenang dan hargai sampai bila-bila. Walau apapun yang berlaku, apa yang pasti, kenangan ni sudah terpahat dalam ingatan Ejad. Ejad rindu kat korang semua. InsyaAllah, jika umur kita panjang, kita boleh bertemu lagi. Walaupun Laut China Selatan yang memisahkan antara 2 negeri, namun, selagi matahari masih bersinar, selagi itu lah Ejad kenang korang semua. InsyaAllah. .