07 December 2011

When we own the world

Tanggal pada 6 Disember 2011, tepat pukul 10.31 pagi dan 13 saat, berakhirlah peperangan pelajar kelas Lukisan Kejuruteraan dengan SPM. Setelah lama menanti kemerdekaan yang hakiki, maka tercapailah kemerdekaan selama 5 tahun menanti. Bendera SPM akhirnya diturunkan, dan bendera kebebasan "Yeah-Yeah Enjoy" dinaikkan. Sesaat kepala gangster pengawas memberitahu bala-bala SPM, "Okey, masa menjawab sudah tamat", kelihatan semua baris gigi dan senyuman terpancar di setiap wajah bala-bala SPM. Pembantu pengawas mula mengutip kertas jawapan, dan pensil serta segala keperluan asas berperang sudah berada ditangan. Pembantu pengawas berdiri di hadapan seraya berkata, "Boleh keluar sekarang. .". Heretan demi heretan kerusi kedengaran, serta suara-suara berkata YESSSSS dan riang ketawa juga turut kedengaran.

Keluar saja bala-bala SPM yang puas mengerah otak keluar dari kawasan peperangan, terus bala-bala SPM bertanyakan antara satu sama lain.

"Senang tekkah ?"

"Dapat kau jawab tekkah ?"

"Dapat jawab semua sik ?"

"Berapa igek soalan kau sik jawab?"

Well, soalan lazim laa katakan. Semua bala-bala SPM keluar dengan senang hati. Malangnya, pada saat itu merupakan hari terakhir bala-bala SPM mengenakan pakaian seragam sekolah, tag nama, tudung, pinafore, kasut putih dan sebagainya kerana pada saat itu jugalah kami digelar sebagai lepasan SPM. Oh. Curse.

"Memories live in our mind, and it can't be repeat-peat-peat-peat-peat.."































Akhirnya, kami mendominasi dunia. Free from SPM, hello to college life. .