I've been schooling almost 11 years and 13 including my kindergarten years. Sepanjang sesi persekolahan aku selama 11 tahun itu, aku telah menimba banyak ilmu dan pengetahuan. Disana, aku mengenali erti persahabatan sebenar. Aku meluangkan sisa masa kanak-kanak ku di sekolah rendah dan melangkah ke kehidupan yang lebih baik setibanya aku menjejakkan kakiku di alam sekolah menengah. Sebelum nya, aku mengenakan uniform sekolah yang berskirtkan kaler biru gelap dan baju kurung putih, turut disertakan dengan tudung dan logo sekolah. Inilah kisah mengenai perjuangan seorang anak gadis, melangkah ke kehidupan yang berbeza.
SEKOLAH KEBANGSAAN KIDURONG 2,BINTULU
Tanggal pada tarikh 3 Januari 2001, aku diisytiharkan sebagai pelajar sekolah rendah. Aku dimasukkan ke kelas 1 Jujur dan guru kelasnya ialah cikgu Alin. Pada dasarnya, kehidupanku penuh dengan kasih sayang yang setimpal. Aku juga seorang pelajar yang congek, obviously aku ni manja. Aku telah dilantik sebagai Penolong Kelas pada tahun itu dah sesungguhnya, aku mendominasi kelas bersama-sama dengan ketua kelas. Aku seorang pemalu. Aku mudah berkawan dengan orang lain tetapi orang lain pula sebaliknya. Aku suka meluangkan masa bersama imaginasi dan mengadakan sesi bual bicara bersama rakan-rakanku yang lain.
Pada tahun berikutnya, aku dimasukkan ke kelas 2 Jujur. Sejujurnya, kelas itu tidak lah sejujur yang disangka. Guru kelasku pada tahun 2002 ialah cikgu Seniah, seorang guru Matematik. She's cool dan pemurah. Masihku ingat pada peperiksaan akhir tahun, aku mendapat tempat ke-2 dalam kelas yang dihuni oleh 30 lebih orang pelajar. Pada masa yang sama, keputusan ujianku agak memeranjatkan. Keputusan ujian Pendidikan Muzik aku ialah 99%. Seperti yang telah dinyatakan tadi, kelas aku tidak lah sejujur namanya. Aku mengaku aku melakukan aktiviti peniruan bersama-sama dengan rakan sekelasku yang lain. Aku tidaklah sebijak mana pun. .
Tahun ketiga aku bersekolah di sana, aku ditempatkan di kelas 3D. Bukan nombor ekor ekk dan bukan 3 DIMENSI. Pada waktu itu, kelasku di dominasi oleh seorang cikgu yang penyayang, cikgu NorJannah. Kasih sayang yang dicurahkannya amatlah banyak dah tidak terhingga. Aku dan member sekelasku sesungguhnya kenyang merasai kasih sayang yang berlambak darinya. Oh ya. Pada tahun itu jugalah aku merupakan seorang pelajar yang hebat tahap gaban. Aku dan rakan-rakanku melakukan aktiviti yang awesome, iaitu 'lari dari kelas matematik'. Pada masa itu, cikgu Caroline, cikgu yang lemah lembut tahap naga berapi memang mengajar dengan slownya, sehinggalah aktiviti kami dapat dikesan dan cikgu Matematik kami ditukar ke cikgu yang paling digeruni, cikgu Fatimah the Great. Perasaan menyesal itu sesungguhnya memang ada. Hahahaha.
4 tahun aku bergelar student SKKid 2 dan aku ditempatkan di kelas 4D pada 2004. Kelas itu dikuasai oleh mendiang Elizabeth. Okey. Cikgu ni ajar kitorang Bahasa Inggeris. Mendiang cikgu Elizabeth memang seorang cikgu yang paling berjaya mengubah para studentnya dari malas ke rajin. Masihku ingat denda yang dia berikan kepada sesiapa sahaja yang tidak melengkapkan tugasannya. Dendanya ialah, sekiranya seseorang lelaki tidak menyiapkan tugasannya, lelaki itu hendaklah membuka pakaiannya dan dibiarkan berdiri dalam keadaan separuh bogel di luar kelas. Sekiranya pelajar perempuan tidak menyiapkan tugasannya, perempuan itu hendaklah mengenakan pakaian lelaki yang separuh bogel tadi. Time tu aku memang tak da kena laa denda macam ni sebab aku rajin (ye laa tu). Prestasi aku waktu tu semakin meningkat dan bertambah maju. Aku rindu giler dengan cikgu ni. Tapi dia dah tak de lagi kat dunia ni, dia dah bersama kembali kepada penciptaNya. Akan ku kenang jasamu selamanya. Rest in Peace, cikgu. .
Tahun 2005 merupakan tahun gelap bagi kelas 5D sebab dikuasai oleh cikgu Elyiviana Omi. Cikgu paling ditakuti dan seram. Cikgu ni mengajar Kajian Tempatan. Oh this. Cikgu ni memang menyeramkan. Bukan nak mengkritik para cikgu, eh takkkkk. Sememangnya, ada sesuatu yang serba tak kena kat cikgu ni. Malas arr nak cerita panjang sebab tahun tu semua result student jatuh merundum. Tahun tu jugak laa aku terpilih jadi ahli koir sekolah. Masa tu jugak laa aku berkenalan dengan Jacyntha, selaku konduktor pasukan koir dan banyak lagi member koir yang aku ingat tapi tak yah laa nak show off nama diorang. Insiden yang amat perit aku alami bila aku minta kebenaran baik-baik kat cikgu kelasku and secara selambanya dia mencubit bahuku dengan kuat sekali. Cikgu, kitorang nak perform untuk banggakan sekolah but she just larang aku dan member aku yang lain dari keluar kelas. Masa tu laa start aku tak berapa suka tengok cikgu ni. Tahun ni jugak laa aku dinobatkan sebagai Penolong Ketua Kelas (asyik-asyik aku). Tahun ni jugak laa cikgu kesayangan kitorang, mendiang cikgu Elizabeth meninggal dunia. Seriously, kitorang memang menangis giler sebab kitorang memang sayangkan cikgu ni.
6B merupakan kelas terakhir aku sebelum aku melangkah keluar sebagai seorang bekas pelajar SKKid 2. Masa tu aku dah berpecah dengan member lain. Kelas ni berdepan dengan bilik mesyuarat so kelas kitorang laa kelas paling alim sekali (alim ker ??). Guru kelas kitorang is cikgu Saudah, selaku guru Bahasa Malaysia. Aku selalu buat salah kat cikgu ni (maaf yer cikgu ?) and ada seorang cikgu yang paling aku adore giler. Cikgu Nazeerah. Cikgu ni asal dari Pulau Pinang. Kulit hitam manis and aku lah yang selalu jadi mangsa cubitan panas nya. Aku ni keras kepala banyak. Tahun tu jugak aku join kelab kebudayaan sekc,d:].HYMngikuti Pertandingan Tarian dan Kesenian peringkat Bahagian Bintulu. Time tu aku kecik jer. Alaaa. Aku bukannya tinggi mana pun. Oh yes, Jacyntha sama kelas dengan aku. Yeaaa. Dia jer kawan yang bersama dengan aku sampai aku melangkah ke sekolah menengah (nampak giler menipu nyer). Time tarian tu, memang aku jer paling kecik dan aku dan Ekin je member yang beragama Islam. Tahun tu jugak laa aku ambil UPSR. Result tu tak laa seberapa baik tapi aku dah mencuba yang terbaik.
Kenangan lalu mengusik jiwa. Ni laa semua memory yang aku tak leh lupakan. Sebab aku akan ingat masa ni sampai bila-bila. Mana mungikn kita boleh ulang balik ke zaman kanak-kanak so akan aku abadikan kenangan ini sebagai kenangan yang terindah. Kenangan yang tak kan lapuk ditelan zaman. Siapa tahu mungkin beberapa tahun akan datang, sekiranya aku mempunyai keluarga sendiri, aku mungkin boleh menceritakan pengalaman yang aku alami pada zaman kanak-kanak ku, sebab pada zaman negara yang mengejar kemajuan ni, zaman kanak-kanak diorang tak kan sama seperti dahulu. Sampai sini sajalah post aku untuk kali ini. Aku rindu time ni. Rindu sesangat. Apa boleh buatkan, kita semua makin membesar.
"Kita mesti pandang ke hadapan, untuk masa depan yang cemerlang, gemilang dan terbilang. ."