15 December 2011

Them

Bukan senang nak jumpa kawan yang betul-betul menghargai kita. Sepanjang aku bersekolah dari kecik sampai laa sekarang, banyak jenis kawan yang aku temui. Ada muka bajet lawa, tapi perangai busuk macam kerang busuk. Ada muka tak laa cantik mana tapi hati bak bidadari. Ada muka lawa tapi tak laa sejahat ibu tiri. Ada muka bengis macam harimau tapi realitinya jauh sekali perangainya. In other word, jangan pandang pada luarannya sahaja, pandanglah ke hatinya sebab tu lah tadi. Hahaha. Meh aku memperkenalkan member aku yang sumpah awesome giler.

State Level English Drama Competition 2010 at Kuching
This is Harith. Bagi aku, dia ni dah macam abang aku. Disebabkan aku tak mempunyai abang dalam family member, aku ni disahkan menghidap penyakit kurang kasih sayang seorang abang. Cheewahh. Dia juga ni ada amazing sikit. Dia ni juga merupakan part-time problem solver. He always be there if I need him. He gives me advise, and sometime, he cheer me up when I'm totally down. Dia ni bukannya sama dengan lelaki lain. Dia ni cool jer. Siapa tahu kan macam mana perasaannya kalau muka asyik dok senyum jer. But aku sayang budak ni sebagai seorang abang (aku tak da abang). Ntah macam mana mamat ni tahan dengan perangai aku, aku ni bukannya betul sangat pun. Hahaha. Aku ni obviously annoying giler. Dah lah annoying,giler pulak tu. Yeah. Kitorang ni kenal time form ntah bila agaknya. He still my best buddy arr, man. Sekarang ni rancang nak study sama sebab nanti tak lah jauh sangat kan. He treat me like adik perempuan sebab dalam family member dia mana ada adik perempuan. So kira logik laa kitorang ni saling memerlukan antara satu sama lain. Hanya sekadar atas gelaran sahabat. Tak lebih, tak kurang . .

UAP's Official Dinner 2011
Ni pulak namanya Gloria. Aku dah beri banyak gelaran kat awek ni. Contohnya;

-Sulu
-Glory
-Gloria
-Smexxayyss

Aku anggap perempuan ni macam kakak aku. Aku ni anak sulung so aku tak da kakak. Memandai aku jer nak bawak dia jadi family member aku. Hahahaha. Well, bila lagi aku nak ada kakak kan ? Kakak palsu pun jadi lah. Oh yes. Aku dan perempuan ni rapat giler laa. Tengok kat gambar tu pun dah nampak mesra kan ? Hahaha. Sejujurnya, aku suka peluk perempuan ni. Bukan sebab aku ni lesbian, oh tidak sama sekali. Aku ni lurus and bukan bisexual. Errgghh. Everytime kalau aku ada masalah, perempuan ni laa aku rujuk. Kitorang ni ada persamaan sikit. Kitorang ni tak suka kat ada seorang awek yang perasan hebat tahap naga bernafas durian. Everytime dikala aku stress dan sedih, pelukkannya laa boleh menghilangkan segala kesedihan aku. Dia memahami aku. Aku sayang kau laa kakak ! Rindu dengan kau . .

Belajar bersama
Ni sorang lagi insan yang aku gelarnya kakak. Aku panggil dia Michi. Budak ni laa kawan baik aku since aku darjah 5. Aku kenal dia pun sebab aku joining koir and time tu laa kitorang dah macam isi dan kuku. Kitorang ni dah lama berkawan. Banyak kesalahfahaman berlaku dalam relationship kitorang sebagai sahabat and semuanya akan kembali normal. Well;

"Blood is thicker than water.."

Aku sayang kat budak ni walaupun sometimes annoying. Walaubagaimana deras sekalipun tahap keannoyingannya, aku tetap sayang kat budak ni,sampai bila-bila. Kalau aku ada masalah, dia jugak laa tempat aku rujuk. Kalau aku bersedih, dia jugak laa pujuk aku to be strong. Aku suka sponser budak ni. Hahahaha. Ntah kenapa, tapi tu lah realitinya . .