Masihkah anda semua ingat tentang perkara ni ? Kebanyakan penduduk yang berusia 17 tahun pada tahun 2011, sibuk memeriksa benda ni sampaikan ada gangguan trafik berlaku kat internet. Benda ni keluar pertengahan tahun, so memang busy to the top laa. Memang Ejad tak expect laa Ejad kena pilih. Tapi Ejad memang nak merasa macam ne PLKN ni. Benda ni bermula dari kawan Ejad, nama dier, Jason. Dier buzz Ejad and cakap yang Ejad terpilih. Dier tolong snap kan gambar ni, and show kat Ejad. Taunye result dah keluar, terus kecoh pulak kat FB. Ada laa yang tak berpuas hati kat benda ni. Then, ada yang suka bagai nak mampus. Ada gak yang buat muka seposen. Tapi Ejad suke pada tahap maksima. PLKN tu. Mana nak dapat peluang yang dapat sekali seumur hidup ni ? Nak apply pun tak leh. Satu lagi kes berlaku kat sekolah. Diorang laki-laki kutuk perempuan, cakap perempuan akan dibotakkan. Gile arr. Maka, mula laa sesi berdebat diantara laki-laki dan perempuan, sampaikan cikgu terpacak kat depan pintu pun tak sedar. Result sebenar seperti petempatan kem tu, dikeluarkan pada hujung tahun. Yeap. Another internet traffic. .
PEJAM CELIK PEJAM CELIK, DAH 1 MEI 2012. .
Tanggal pada 1 Mei 2012, Ejad dihantar ke Kem PLKN Miri untuk berkhidmat pada negara. Pada mulanya amatlah payah untuk Ejad menerima keadaan sekeliling, sebab dilitupi oleh hutan. Dengan erti kata lain, kem ni jauhhhhhhh ke dalam hutan. Ejad sama bas dengan Demai, Agnes, Harith, Aizzat, Maryam, Haney, Minie, Farah dan yang lain-lain. Total up : semuanya 16 orang je. Sebelum berangkat ke Miri, Ejad peluk cium dan salam kat famili Ejad, untuk keberkatan sepanjang perjalanan. Bas kitorang berangkat pukul 10 pagi, berlokasikan Terminal Bas, Bintulu. Kem PLKN, HERE I COMEEEEEEEEEE ! Kitorang memang enjoy laa the journey tu. Kat pertengahan jalan, kitorang berhenti kat Niah. Tak lama lepas tu, bas kitorang jalan balik. .
Dah sampai kat kem pun . .
Setibanya Ejad dan kawan-kawan di kem, kira-kira pukul 1.++ petang, kitorang disajikan dengan hidangan tengah hari yang tidak kurang hebatnya. Nasi goreng dengan acar buah, disertakan ikan masak sos dan buah tembikai yang seksi dan papadom. Tapi, minuman tu kurang enak laa. AIR KOSONG siotttttttttttttttttt ! Tak biasa derr. Ejad dan member Ejad makan sementara menunggu pemeriksaan beg dan masuk ke dorm. Secara tiba-tiba, Ejad terlihat sekumpulan budak KL masuk ke kawasan dewan makan. Walaweii ! Semua smart-smart doh ! Comel.. Eppppp, tu kite sambung kejap gi, orite ? Setelah semua borang yang kitorang isi diperiksa oleh jurulatih yang memeriksa, tibalah masa kitorang buat pemeriksaan beg. Part yang paling sedih ialah kitorang kena hantar handphone kitorang. Bantal busuk Ejad tak kena rampas ekk :)


Ejad sendiri pun tak tahu macam mana kitorang boleh rapat macam isi dan kuku dalam sekelip mata. Biarlah masa menentukan semua. Kitorang semua lain bangsa, lain asal. Tapi kitorang macam dah lama kenal doh. Ok, tak lama lepas kitorang dapat semua baju celoreng (loreng, for short), kitorang dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan iaitu member kitorang, Ain, terpaksa pindah bilik. Hmm. . dier dah jadi member Charlie. Oh ya, penghuni bilik P9 dan P10 merupakan member kompeni DELTA. Dalam dorm P9B tu, Ema laa yang selalu temankan Ejad, even ke surau pun sama gak. Kat surau, Ema lah yang memperkenalkan membernya kat Ejad. Nina, Yeo, Anny, Has, Nisa, Farrah, Nab dan Cammieq. Kitorang kenal kejap je, lepas tu terus mesra. MAGIC. Waktu tu kitorang sembahyang laa (kononnya), ada 1 peristiwa mencuit hati berlaku. Ntah kenapa dengan tiba-tibanya, Anny dan Yeo tercampak ke belakang sambil ketawa. Kitorang gelak jugak laa sebab diorang gelak sikit punye besar, 1 surau dengar. Kitorang tengok badan Nisa dah mula bergerak-gerak. Macam tahan ketawa. Tak lama lepas tu, Nisa pulak terpelanting ke belakang. Sah-sah batal dah sembahyang tu. HAHAHAHA. Rindu dengan diorang ni.
Al-kisah lepas makan malam. Kitorang makan sama-sama dengan kawan yang baru je Ejad kenal kat dalam surau tadi. Lepas makan, seperti biasa kitorang pergi cuci tray. Tengah-tengah syok Ejad melayan span dan cuci tray, tiba-tiba datang sorang mamat ni. Comel siot. Rambut panjang sikit, smart and hensem. Dier tanya Ejad, "Hi, asal mana?". Ejad tenung dalam-dalam muka mamat tu seraya tersenyum, sebab mamat tu comel gilerrrrrrrrrr. Lalu Ejad jawab, "Sarawak." Dier balas balik dengan perkataan simple je, "OH" lepas tu Ejad blah arr lepas tray dah bersih dengan member Ejad tadi. Takkan nak tunggu si mamat tu kot. Lepas kitorang simpan tray, Ema bagitau kat Ejad yang mamat tadi tu hensem. Ejad buat-buat faham je laa, sebab kenyataan pun dier memang hensem. Tiba-tiba speaker berbunyi. "SEMUA DUDUK IKUT NOMBOR BILIK MASING-MASING. BILIK 3-4; ALPHA. BILIK 5-6; BRAVO. BILIK 7-8; CHARLIE dan BILIK 9-10; DELTA." Ejad dan member surau tadi semua berpecah. Ejad, Ema, Nina, Cammieq, dan Farah duduk sama kat meja Delta. Ejad duduk sebelah Ema. Ejad tengok laa Ema macam ada serba tak kena je. Ema terus bersuara;
Ema : Ejad tengok laki yaa. Laki tadik yaa. Nok hensemmmmmmmmmmmmm ya. NYA DELTA !
Me : Laki ney ? Siapa ?
Ema : Nunnn (tunjuk kat mamat tadi, yang hensem tadi)
Me : YA ALLAH ! Hensem nyaaaa ! <3 (memang hensem, sebab ada rambut :3)
Ema : Aok, hensem. .(duduk rapat kat Ejad)
Me: Knak dengan kau tok ?
Ema : Kat sekolah dolok, mun aku temu laki kiut, memang aku macam tok.
Me : (tiru perbuatan Ema)
Ema and Me : (gelakkkkkkkkkkkk je XD)
To be honest, dier rujuk kat mamat yang Ejad jumpa waktu cuci tray tadi. Memang hensem.
(to be continued...)