Hari berganti hari. .
KKJ. Kontrak Kita Janji. Kitorang ditugaskan membuat 1 bendera kompeni. Kitorang Delta so dapat bendera warna hijau dan lambang keris dari hasil cabut undi. Member Delta semua bertungkus-lumus men'design' bendera, tulis matlamat kompeni. Tapi Ejad dan Ema sekadar sumbang idea, sebab nanti bendera rosak. Kitorang diberi masa sebanyak 4 hari untuk menyiapkan tugasan ni. Siang malam, pagi petang kitorang berkerjasama. Ye laa tu kan. Ha. .
Masa yang dinanti kan hampir tiba. Hari Isnin hari pembentangannya. Gambar kat sebelah tu ialah gambar Ema dan Afdall pada hari Ahad. Hari tu hari Ahad. Ejad kalau hari Ahad ni liat sikit nak bangun. Pada hari tu, Afdall mesej Ejad. Dier cakap nak minta marker. Sebab Ejad pegang semua marker untuk pembentangan tu. Hari tu hari Ahad. Semua member beragama Kristian, Buddha, dan sebagainya pergi ke rumah ibadat. Muslim dan Hindu tak pergi arr. Ejad pun tak ingat, macam mana kitorang dapat henpon awal sangat. Ejad pun turun arr lepas mandi ke dewan, tanpa Ema sebab Ema tengah tidur. Tak lama lepas tu, nampak batang hidung Ema. Ejad bawa laa marker macam yang Afdall suruh tadi. Kitorang duduk kat meja wira, sebab bendera kat atas meja wira.Dan projek bermula.

Pukul 2 petang barulah member yang beragama Kristian sampai. Sampai je diorang kat dewan, terus tolong. Ejad dan Ema terus diberi tugasan oleh member kompeni, Freda. Dier suruh kitorang tulis matlamat. Sikit je tu kot. Lepas tu terbang ke mana pun tak kisah dah. Tugas tu disiapkan dalam masa 5 minit je. Kitorang terus lepak, lepas tu snap snap :) Projek ni berlarutan sampai ke malam. .
<--Ketua kompeni pantau anak buahnya. Diorang tengah melakar time ni so, lambat gi bendera nak siap.
Kerja kitorang yang tak settel lagi waktu siang kitorang sambung pulak waktu malam. Tak siap lagi bendera tu. Memang laa, kerjasama takde. Ecehh. Kitorang buat sama-sama ek ? Warna dan berus je tak cukup so makan masa sikit nak buat benda ni. Tak lama lepas tu, kitorang hantar telefon. Seriously, tu laa minggu pertama kitorang dapat and send henpon balik. Nasib baik laa sempat bergambar kejap. Waktu ni, kerja Ejad beri sokongan je. Nak tolong nanti bendera spoil. HAHA. Kitorang rushing kejar masa and bendera dapat disiapkan pada pagi Isnin. Semuanya settel. Petangnya pula kitorang pakai full loreng bersama dengan spike boots nak bentang benda ni.
BENDERA KOMPENI DELTA
Hari Isnin dah tiba. Visi kompeni Delta ialah SHINE DELTA SHINE yang membawa maksud, DELTA mampu bersinar ibarat seketul permata, sekiranya permata itu digilap sehingga berkilau dalam erti kata lain, kompeni ni perlu dididik untuk menjadi kompeni yang terunggul dan visi DELTA TAJAM PANTAS pula membawa maksud, kompeni Delta ni macam helang (tapi yang dilukis burung kenyalang). Burung helang sinonim dengan bentuk fizikalnya yang tuff, mempunyai kelajuan yang mengancam dan memiliki sepasang mata yang tajam. Kalau seekor helang tu nampak sasarannya, helang tu akan bergerak pantas dan menerkam mangsa dengan kakinya. Kira macam tu laa. Kitorang merupakan kompeni FIRST yang bentang benda ni depan komanden. So, banyak kekurangan laa. Naik je pentas, segala peyakit muncul. Ejad bentang matlamat, macam yang dah dicakap sebelum ni. Pulak ending pembentangan, kitorang menyanyi. YA ALLAH SUARA EJAD MACAM KATAK. Mana-mana je Ejad pandang, semua kabur. Keputusan KKJ kitorang memang tak disangkal lagi laa. Kompeni Charlie juara, dan kitorang yang last. Tapi takde hadiah. Hehe. .
Hari-hari yang mendatang pun berlalu seperti biasa. Ada kelas, latihan kawad, TTS (tempur tanpa senjata), makan, lepak, kira kekuatan, tidur, PT pagi, kuliah subuh dan sebagainya. Ada satu hari tu merupakan hari keputusan semakan ke UiTM. Check punya check, permohonan Ejad kena tolak. Sama arr dengan member Ejad dari Bintulu tu. Ejad tak kisah sebab keluar je PLKN nanti akan ada permohonan kali kedua. Tak lama lepas tu, Ejad dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan. Kawan Ejad balik Bintulu. Si Harith dan Si Aizzat. Budak Charlie. Diorang balik and penangguhan sebab sambung study form 6. Tinggallah Ejad dan Demai, sebagai wakil dari SMK Kid. Sepanjang Ejad kat kem, macam-macam dah berlaku. Contohnya; spek patah. Antara benda paling sadis berlaku.
Cuti Gawai hampir tiba. Kitorang lepak siang malam, sebab cuti gawai diberi sebanyak 6 hari je. Ejad pulang arr ke Bintulu, dengan Ema. Budak Seme banyak tak pulang. Mana tak nyer, KL tu. Siapa nak beli tiket untuk diorang. Tapi, waktu tu 2 orang je balik KL, Adzli dan Vani. Malam Ahad before balik gawai tu, Ejad lepak dengan member dalam surau, Kitorang gambar-gambar sebab ada member yang tak balik. Kononnya nak buat kenangan laa, nanti malam-malam dapat tengok gambar diorang.
Kitorang yang pulang bergawai tu balik pada 30 Mei. Orang yang ambil Ejad ialah famili Ejad. Ema guna bas PLKN yang berhenti kat MBM. Ejad ambil Ema laa, sebab tu Ema cuti sama dengan Ejad. Nisa and the GGM (Geng Gila-Gila Manja, tunggu next post Ejad ceritakan apa benda menatang tu), bercuti kat Miri. Jauh giler sebab Ejad balik Bintulu. Sebelum Ejad dan Ema balik ke Bintulu, famili Ejad bawa kitorang jalan-jalan area Parkson. Gambar yang Ejad dan Ema pakai baju kelas tu kat tempat orang main bowling. Diorang yang stay kat kem tu (majoritinya orang KL), malam gawai diorang buat parti barbeku and dapat handphone, macam orang pulang bercuti gak. Kat Bintulu, Ejad dan Ema pergi bershoppinggggggggggg je. Lepas tu, tidur je kerjanye. Mana ada buat apa-apa pun. Kalau tak online memanjanggg. Ejad bawa Ema pusing satu Bintulu, jalan ke Mall, lepak dengan member Ejad, Si Harith dan Si Aizzat, yang balik penangguhan tadi.(to be continued. .)









