14 August 2012

All About Kem PLKN Miri (Part 5)

It's wirajaya timeeeee ! Beberapa hari lepas kitorang buat pertandingan kembara halangan, kitorang buat wirajaya pulak. Amende wirajaya tu ? Okey, wirajaya ni macam redah hutan tau. Kitorang masuk hutan, bawa beg dan perkakas memasak yang disediakan dan sedikit makanan. Hutan tu jarang sekali orang masuk. Hutan sekunder. Kitorang masuk hutan tu cuma berpandukan kompas ntah ape bende tu and bearing. Setiap kompeni diberi bearing yang berbeza, tetapi ke destinasi yang sama. Pada pagi tu, kitorang berkumpul kat padang kawad. Tak lama lepas pemberian parang kat setiap kompeni, para wira daripada kompeni masing-masing memulakan perjalanan terlebih dahulu daripada wirawati. Kira-kira kitorang blah pukul 7 pagi. Sejuk giler kot suasana kat kem. Berkabus weii, kat area bukit laa. Haha. Dapat je kitorang wirawati koman mula bergerak, kitorang terus mulakan perjalan menuju destinasi. Sabar je laa kan, masuk hutan, naik bukit, rempuhi pohon berduri.


Perjalanan kitorang kira-kira 2 jam lebih. Masuk sungai (tipu je tu :3), badan kena lastik dek kayu, tersadung akar. Extreme laa jalan kawasan berbecak. Paling mencabar kalau turun bukit yang curam. Hutan tu nampak je tenang tapi kecoh wei lepas kitorang masuk. Tak lama lepas tu, kitorang bertemu dengan wirawati kompeni Alpha. Padahal tak sama jalan. Diorang pakai jalan kebun, kitorang pakai jalan bukit. Kitorang lalu jambatan yang tak comel langsung which is untuk menyeberangi sungai yang agak creepy. Jalan punya jalan, akhirnya kitorang sampai ke destinasi. Wirawati sampai dulu dari wira, sebab perjalanan wira jauh dari perjalanan wirawati. Sampai je kitorang kat tapak khemah tadi, kitorang buat briefing dulu. Then kitorang dirikan khemah yang tak hebat langsung. Haha. Ejad pulak, lain orang buat, lain Ejad buat. Orang sibuk-sibuk pasang khemah, Ejad duduk terus buat air milo. To be honest, mengancam weii minum air milo lepas penat berjalan.



Makan time. Yang ni laa kitorang tunggu-tunggu kan. Lapar giler arr lepas rempuh hutan yang berliku masa tu. Oh yaa. Lupa pulak mention yang kitorang dikehendaki mencari seorang buddy. And buddy Ejad is Winnie. Lepas settel semua khemah dah susun amende semua tu terus kitorang pergi menanak nasi. Kitorang guna benda alah (ada dalam gambar) dan ada benda macam dapur. Beras diorang cikgu sediakan. Cuma kitorang yang masak. Ejad masak mi maggi kari, and Winnie tanak nasi. As a team, kitorang share makanan. Mistake pada hari tu is, kitorang takde sudu. Lauk pauk diorang cikgu and member yang kena kuarantin prepare kan untuk kitorang yang join wirajaya. Hari tu kitorang makan manok pansoh (ayam dalam buluh). Beberapa jam kemudian, hari mula mendung, dan keadaan dalam hutan ada gelap sikit. Kitorang buat aktiviti which is wakilkan 10 orang wira dan wirawati dari kompeni masing-masing and main treasure hunt. Ejad join arr sebab member lain dah tak nak. And permainan pun bermula. Tengah syok-syok main treasure hunt and tiba-tiba hujan. Basah lencun kitorang berlari dalam hujan. Kitorang bukannya cari treasure hunt tu macam dalam TV. Oh tidak sama sekali. Kitorang cari emas (sebenarnya batu yang dicat warna keemasan) kat area padang kawad and sebelum mencari tu, kitorang cari cikgu yang pegang next clue. Kitorang cari pakai bearing. Nak meletup je rasa otak ni. Hahaha. Kitorang dapat nombor 3 dari 4 yang bertanding. Hebat kan wirawati Delta ? Wirawati kompeni lain pun sama gak :)



Dan aktiviti ni berakhir lepas asar. After kitorang kemas-kemas area khemah tadi, then kitorang balik ke dorm. Tak jauh pun jarak ke dorm. Cuma waktu pergi masuk hutan tu je yang mengada-ngada sikit jaraknye. Masuk je bilik, 1 bilik bau asap dari baju loreng dan beret yang kitorang guna sepanjang hari tu. Ejad sampai je kat dorm terus basuh beret sebab the next day kitorang ada pertandingan kawad. Petang lepas kitorang settel buat wirajaya, kitorang buat raptai penuh untuk pertandingan kawad.



#Actually, gambar yang dishowkan diatas bukanlah gambar raptai. Gambar hari sebelum sebelum pertandingan kawad :)

Hari pertandingan kawad pun tiba. Kitorang pakai baju full loreng. Sebelum bermulanya pertandingan tu, kitorang yang bertanding berbaris kat luar dewan. Oh ya. Kompeni kitorang hantar 30 orang wakil yang mana diwakili oleh 15 wira dan 15 wirawati. Kompeni lain pun sama gak. Mana member yang jadi penonton yang bertauliah tu, diorang pergi ke padang kawad terlebih dahulu and bawa kerusi plastik dari dewan. Sebelum kitorang nak perform tu, jantung memang tak tenang. Waktu tu gak laa kitorang masuk padang kawad mengikut kompeni masing-masing. Lepas tu, datang laa komanden dan tetamunya. Kerja kitorang berdiri je waktu masuk padang kawad tu. Kalau tak silap (kalau tak silap laa), kitorang ada menyanyi lagu Negaraku (kewajipan waktu kat kem) dan lagu PLKN. Lepas tu, kitorang keluar baris, mengikut kompeni dari belakang iaitu kompeni kitorang, Delta, Charlie, Bravo dan Alpha. Tak lama lepas kitorang keluar baris dari padang kawad tu, kitorang masuk padang kawad balik. Ni barulah bermulanya pertandingan. Dah lah kompeni Delta yang first. Lepas tu Bravo, Alpha dan last sekali kompeni Charlie (betul ke susunan ni ?) 





Tu dier kompeni Delta masuk padang. Hahaha.



Lepas habis perform, then kitorang dari kompeni Delta lepak kat dewan. Nak jadi penonton pun tak dapat sebab cikgu tak suruh. Kitorang pun tak tau nak buat apa. Tak lama lepas tu, kitorang masuk padang balik, sebab nak tahu keputusan pertandingan kawad kaki. Gelisah yaa amat tau tak. Sebelum kitorang mula compete tu, cikgu Nazri (kitorang gelar dier Papa Naz sebab dier ketua Delta) cakap kat kitorang supaya relaks and enjoy kat apa yang kitorang buat waktu kawad. Dier tak minta pun kitorang menang, tak berharap sangat, cuma dier nak kitorang beri kenangan yang terindah kat dier sebab dier tak jadi jurulatih kat Kem PLKN Miri mulai tahun depan. And waktu kitorang compete tu, member kitorang yang jadi penonton ada tengok cikgu tu macam layan perasaan je kat sebatang pokok, seolah-olah seperti tiada harapan nak menang. Masa yang dinanti-nantikan telah tiba. Ada 2 aara dipertandingkan iaitu ketua kompeni terbaik dan kawad terbaik. Komanden bagitau pemenang dari tempat last sehingga johan. Johan untuk pertandingan ketua terbaik ialah dari kompeni Delta, Danial Hakim. Kitorang bangga gilerrrr kat Dan sebab dier bukannya ketua kompeni Delta yang sebenar. Dalam banyak-banyak ketua kompeni yang bertanding, dier sorang je tak ada pangkat. Lepas tu, komanden umum keputusan pertandingan kawad kaki. Johan pertandingan kawad Kem PLKN Miri Kumpulan 2 Siri 9 ialah dari kompeni Delta gak. Memang sorakan dari penonton kompeni Delta memang tak henti-henti laa. Tu lagilah buat kitorang bangga. Kitorang tak expect tau yang kitorang menang. Ada yang menangis sejurus keputusan diumumkan. Menangis kegembiraan. Nampaknya, usaha dan kerjasama kitorang berhasil walaupun ada pertengkaran sebelum pertandingan. And, kitorang dah beri Papa Naz kenangan yang terindah. Lepas member penonton balik ke dewan, kitorang pergi kejar Papa Naz sebab dier tahu kitorang cari dier. Memang senyum campur gelak ketawa laa kitorang kejar dier. And dier cakap, "Terima kasih banyak-banyak atas kenangan yang terindah ni. ."

Selesai je kawad kaki tadi, petang nya pulak kitorang ada aktiviti yang dinanti-nantikan oleh semua pelatih. Iaitu pertandingan futsal. Ejad tak ambil bahagian dalam aktiviti ni. Oh ya, aktiviti ni kitorang buat kat Stadium Tertutup Miri. Memang kecoh laa dewan sebelum pertandingan tu sebab kitorang diberi kumpulan untuk pergi ke stadium. Ejad pakai bas ke dua selepas para pemain dihantar. Penonton datang akhir. Hmm. Sampai je Ejad and penonton lain ke stadium, kitorang ambil tempat duduk. Jadi penyokong pun cukup laa.



Bas Ejad dan penonton yang lain tiba awal ke kem sebab ada tournament diantara cikgu tak lama lepas tu. Teman Ejad pada hari tu is Wenny, madu kesayangan. On the way kitorang balik, Wenny dan Ejad tertidur sebab letih sangat. Sampai je kat kem, terus masuk bilik, angkat ampaian kawan lain sebab hari hujan. Ejad masuk dorm kira-kira pukul 5.30 petang. Kawasan kat dorm tu sunyi sangat sebab banyak belum balik dari stadium. Ejad bosan so Ejad pergi mandi awal giler bertemankan Wenny. Kemas dorm, sapu lantai untuk buang debu dan kemas kabinet sebab tak lama lagi nak balik Bintulu. Sedihnye. Ema dan member lain sampai ke kem pukul 7 malam. Malam tu pulak hujan. Alahai. Kena pergi surau lagi. Apa boleh buat, luangkan je laa masa yang ada sebab beberapa hari lagi dah nak balik. Hmm. .

(to be continued. .)