Boom boom bang ! Guess what ? Yea. Ni kisah mengenai waktu Ejad menembak kat lapang sasar. Sehari sebelum pergi menembak, ada askar dari mana ntah datang ke kem kitorang. Diorang ajar kitorang pasal basic menembak. Kitorang diajar macam mana nak kendalikan colt M16. Dier just show benda tu dan tamat. Selesai je perjumpaan tu, wira dan wirawati kem diberi kumpulan. Ejad kena Detail 24 line nombor 8. Cikgu beri air mineral 2 botol seorang. Keesokkan harinya, kitorang bangun awal gilerrrr sebab nak pergi menembak. Pakaian full celoreng. Bas bertolak kira-kira pukul 6 pagi. Sampai je kat lapang sasar, angin yang sepoi-sepoi bahasa melampiaskan dirinya pada muka semua orang. Sejuk giler kot. Kitorang sampai kira-kira pukul 8. Lama giler tunggu siot sampaiiiiii laa pukul 2 barulah Detail kitorang. Diorang beri kitorang 30 peluru. 10 untuk percubaan and 20 gi untuk markah. Tembak punya tembak, tak sedar peluru dah habis. Before kitorang keluar dari barisan kat lapang sasar, pulak ada spot-check. Kot ada peluru dalam baju. Tapi takde arr. Lepas tu, kitorang bergambar. Ada laa gambar yang sempat dirakamkan. Seronok tak terhingga. Bila laa nak ada peluang menembak macam ni lagi. Suddenly, ada laki ni tanya soalan ni kat Ejad and member Ejad yang lain. "Siapa orang yang bernama Nur Izzati kat sini ?". Ejad angkat arr tangan then dier cakap Ejad dapat markah 78% sewaktu menembak tadi. Apa gi Ejad tak percaya arr. Oh ya, nama laki tu Ilham, seorang askar. Member Ejad semua buat shake-hand dengan Ejad. Ejad mana tau markah ttu betul ke tak. Hehe. .
Dalam perjalanan kitorang balik ke kem, kitorang sempat tidur dalam bas. Bas sejuk + badan letih = TIDUR :) Nikmat yang tak terhingga. Petangnya pulak kitorang ada pertandingan bola tampar. Ejad tak join sebab tak reti main. And oh yea, Ejad join pertandingan basketball and mara ke final. Kompeni Ejad dapat gold medal. Tak sangka okey minah yang tak pernah join tournament macam ni menang dapat gold. Sentap jap. Haha.
And hari berlalu seperti biasa. .
Tak lama lepas tu, kitorang ada buat Program Integrasi. Program ni bertujuan untuk memupuk semangat perpaduan diantara kaum, dan dapat menambah pengetahuan tentang adat, budaya dan agama kaum di Malaysia. Kelas Ejad ialah kelas 7; Bario. Program ni dijalankan selama 5 hari. Macam-macam aktiviti yang kitorang buat. Diantaranya ialah; puppet show, tarian, belajar bahasa, demo dan banyak lagi. Beberapa hari kemudian, kitorang ditugaskan membuat satu persembahan di atas pentas. Member kelas Ejad buat boria. Praktis pun tak laa lama mana. 2 hari je. Hahaha.
#Gambar kat bawah ni gambar kat kelas.
Ni laa appearance Ejad waktu Program Integrasi. Pakai Cheongsam. Gelak kuat jap. HAHAHAHA. Ejad jadi budak cina waktu ni. Ejad pun tak sangka gak yang Ejad kena pakai baju Cheongsam ni. Sebenarnya Ejad bukan sebahagian daripada orang buat performance. Disebabkan nak match dengan tema 1 MALAYSIA laa Ejad tawarkan diri masuk dalam team perform and pakai baju ni. Sebab tak de orang lain nak pakai. Memang bising laa member Ejad tengok Ejad pakai Cheongsam. Mana tak nye budak Melayu pakai Cheongsam. Sampai Ejad kena label sebagai HOT STUFF. Cukup laa hari tu je pakai baju ni. HAHAHA. Lepas tu kitorang perform laa macam itu macam ini (dah takde idea). Walaupun ada spoil sikit, tapi kitorang enjoy. Waktu perform tu kitorang tak kejar sangat markah tu, kitorang just nak gain experience. Semua orang happening giler arr time tu.
Pertandingan kembara halangan laa event paling best. Haaaaaa. Yang ni Ejad tak join sebab nak beri peluang kat orang yang tak join kawad. Lagipun, ada satu halangan kat padang tu ada yang Ejad tak dapat buat. Its about balancing. Disebabkan Ejad tinggi macam Menara KL so tahap keseimbangan badan Ejad tak stabil. Boleh terbang Ejad ni tau kalau kena tiup angin kuat. Pada pagi yang indah lagi bergaya itu, kitorang pakai baju full loreng and berkumpul kat dewan sebelum masuk ke padang tempur (nampak benar menipunyerr). Pagi sehari sebelum pertandingan, cikgu announce yang hantar wakil dari setiap kompeni untuk pertandingan ni. Wirawati wakilkan 20, dan wira wakilkan 30. Ejad tak nak. Haha. Sambung balik pasal pagi pertandingan tu. Ejad dan member Ejad yang tak join pertandingan ambil kerusi dari dewan and terus menuju ke khemah penonton. Kiranya VIP laa kott. Event tu bermula dengan persembahan dari wirawati.
Kompeni pertama yang berentap ialah kompeni Bravo, lepas tu diikuti oleh kompeni Alpha, Delta dan akhir sekali, Charlie. Bagi wira pulak ialah dari kompeni Bravo, Delta, Charlie dan Alpha. Cara penilaian pertandingan ini based on time. Diorang kira masa. Kalau cepat tu menang arr. Semangat setiakawan antara kompeni Charlie dan Delta memang tak dapat dipisahkan lagi. Kompeni ni laa paling sporting sebab sentiasa sokong antara satu sama lain. Charlie sokong Delta, Delta sokong Charlie. Kitorang sorak untuk kompeni lain gak. Caring. Selesai je wirawati Delta atasi halangan tu Ejad terus pergi ke arah diorang. Tak lama lepas tu, kecoh kat kawasan khemah. Penny pengsan. Ejad pergi laa kat khemah kecemasan nak tengok keadaan Penny. Sampai je Ejad kat tempat tu, Ejad tengok Penny dah sedar. Syukur laa takde apa-apa yang teruk terjadi kat Penny. Lepas tu, wirawati Delta duduk kat satu kawasan. Ejad waktu tu sibuk cari Ema tapi fokus kat wira pulak. Memang arr. Wira Delta tu. Lepas diorang beraksi, para wira Delta terus straight pergi ke tempat minum air. Ejad limpas diorang dan terpandang Si A tengah syok-syok minum air. Ejad cakap dengan dier kejap arr.
E : Seronok ke tadi ?
A : Seronok sangat. Macam nak main balik arr. (gelak)
E : Buka laa tali pinggang dan beret tu. Pengsan karang sebab tak cukup oksigen. Ejad tak kuat nak angkat awak nanti. (caring gilerrrr)
A : A'ah. Ye laa. Terima kasih (senyum)
Lepas tu, TKL umumkan juara pertandingan kembara halangan. Jeng jeng jeng ! Johan pertandingan kembara halangan Kem PLKN Miri Kumpulan 2 Siri 9 jatuh kepada kompeni DELTA. Kedengaran jeritan batinku sebaik je keputusan keluar. Haha. Ejad tumpang gembira arr sebab memang tak expect boleh menang. The event habis macam tu je. Lepas event tu, kitorang balik semula kat dewan. Disebabkan kitorang menang, cikgu suruh kitorang bawa semua kerusi dari khemah menonton sampai ke dewan. Kononnya tu laa hadiah kitorang. Sebelum balik ke dewan tu, Ejad bergambar dengan Farah. Ejad minta kebenaran dari cikgu Dzul nak pinjam kamera dier. Nikon D90, macam Ejad punyer. Cikgu tu hulurkan kameranya kat Ejad and dier cakap, "Jangan banyak gilak tangan megang yaa. .". I was like, "OKEY BOSS !". Ejad guna kamera cikgu nak ambil gambar. Waktu Ejad pergi ke dewan dengan Farah, kitorang sempat bergambar kejap. Masuk je dewan, terus kecoh sebab Ejad bawa kamera. Mula laa sesi fotografi kat dewan tu. Tak lama lepas tu, cikgu Farid buat pengumuman dimana pelatih kompeni Alpha dan Bravo pergi ke padang kawad, sebab nak ambil barang untuk wirajaya. Ejad show sikit je arr gambar waktu bergambar tu :)





Okey. Ejad tak tahu apa lagi nak buat kat post ni. Sambung kat another post. Cheers ! Eh wait. Baru terlintas kat kepala Ejad about Talasemia. Ada satu pagi yang indah lagi dingin tu, kitorang buat pemeriksaan Talasemia. Penyakit mengenai darah. Ejad isi borang yang diorang beri and Ejad tunggu diorang nak inject Ejad. At the same time, Ema tak setuju nak inject. Ejad setuju je sebab free. Kalau buat pemeriksaan Talasemia kat hospital kena bayar, bukannya murah pun. Berpuluh gak kalau nak check, tapi kitorang kat kem so free-in-charge. Haha. Tibalah giliran Ejad nak ambil darah. Doktor tu suntik tangan Ejad tanpa letak pelali. Gilaaaa. Dah habis suntik tu, tiba-tiba Ejad rasa lain semacam je. Kepala Ejad rasa ringan sangat, kaki Ejad rasa macam letih sangat. Nak tidur pun ade gak. Ejad decide nak duduk kat kerusi kejap sambil tengok member lain ambil darah. Ada sorang member Ejad tu tegur Ejad.
I : Okey kau, Jad ?
E : Okey jak (senyum)
I : Pucat muka kau Jad !
E : Bena kaa ?
I : Aok. Pergi bilit kecemasan kau. Takut ku tangga kau eh.
Suddenly, Audrey came to me. Dier cakap, "Saya bawa kamu pergi bilik berehat oooo ?". I was like, "OH LITTLE ANGEL OMG !". Ejad melangkah dengan longlai dan dier papah Ejad sampai ke bilik kecemasan. Member Ejad, Lina datang sambut Ejad. Dier suruh Ejad buka tudung, dier buka stoking Ejad (stoking kite takde bau ek sebab tiap-tiap hari hantar dobi), dier suruh Ejad baring dan minum air. Kitorang gelakkkk je dalam bilik tu sebab Ejad tanya kat sorang budak tu, "Muka aku pucat kah ?". Then dier gelak seraya menjawab, "Aok. Bodo juak. Hahahaha. ".Lepas tu, dah okey sikit, then Lina tanya, "Kamu nak saya panggil A ke ?". Lalu Ejad jawab, "Ehhhh. Mengade je. Hahaha." The story of my Talasemia was awesome. And, the results is, Ejad bebas dari Talasemia. Yey hoooooooooooooo ! :)
(to be continued. .)