11 August 2012

All About Kem PLKN Miri (Part 3)

Tiap hari Ahad kitorang memang digalakkan menggunakan pakaian bebas seperti baju t-shirts, baju Kurung and baju Melayu. Hari tu gak laa banyak orang non-Muslims pakai baju Melayu. Respecting others laa tu laa syok tengok diorang melaram guna baju Melayu. Comel. Malam 3 minggu lepas Gawai, kitorang dikejutkan dengan berita yang agak menyedihkan dari Nab. Dier cakap nak sambung study so kitorang spent time with her banyak kali. Even pergi surau pun sama-sama gak. As you all can see, kitorang selalu ambil gambar untuk buat kenangan. Dapat je handphone, memang dah jadi lumrah hidup arr buat benda macam ni.



Then, Nab cakap, dier tak jadi sambung study dulu. Life reduced 10 years. Relief. Okey. Tak nak laa berpisah dengan member terlalu awal but then, Has pulak tinggalkan kitorang untuk masa depannya. Sumpah sedih siot waktu dier nak balik tu. Ceritanya macam ni. Pada satu pagi yang indah lagi bergaya, Ejad temankan Nisa ke medik sebab Nisa ada appointment dengan Poliklinik, tonsil's problem. Ejad nak ikut tapi doktor hensem (Medical Assistant) kat medik tu tak suruh Ejad temankan Nisa ke Poliklinik. So Ejad decide nak teman kat medik je laa. Last check-up untuk Nisa sebelum keluar dari kem untuk ke klinik. Ejad tahu pagi tu, Has nak balik dan keluar dari kem. Mula-mula Ejad bertekad tak nak laa menangis depan Has sebab Ejad memang tak nak nangis (alasan paling dumb). Then Ejad nampak laa kelibat Has limpas bilik medik. And dier tegur,"Bye Nisa, Bye Ejad. ." Sejujurnya, Ejad paling PANTANG kalau orang sebut perkataan BYE depan Ejad. Ejad dah down time tu. Down sangat, tak nampak pada zahir, cuma dirasai dalam batin. Selesai check-up Nisa dengan doktor hensem tu, dikenali sebagai Dr. H laa, Ejad keluar dari medik dan terus cari Has. Ejad nampak Has dalam bilik urus setia. Ejad dan Nisa tunggu laa Has keluar dari bilik tu and suddenly Has berlari keluar, terus pergi kearah Ejad dan Nisa. Kitorang saling berpelukan antara satu sama lain. Tiba-tiba air mata Ejad meleleh keluar. Nisa dan Has pun sama. Dipendekkan cerita, member kompeni Bravo bilik P5B berlari ke depan medik, sebab nak hantar Has balik. Memang banjir laa waktu tu. Sebak sangat. Lama kelamaan, kitorang dapat terima hakikat yang Has sambung belajar.

Al-Kisah kitorang jadi penjaga malam untuk kali pertama. Semua member kat dalam kem merasa benda ni. Berjaga pada waktu malam semata-mata nak memastikan keadaan di kawasan dorm selamat. Kira macam sekuriti laa. Kitorang disediakan air dan sedikit makanan untuk memberi tenaga (kononnya) sepanjang masa bertugas. Kitorang bertugas mengikut shift dan dikecualikan dari PT Pagi. Setiap shift ada 3 orang. Ejad ambil shift pukul 3 sampai pukul 5 pagi. Memang laa seronok. Relaks dulu, duduk atas sofa, teguk air sikit. Okey. Disebabkan tu first time kitorang bertugas (kompeni Delta lambat sikit sebab bilik jauh), kitorang ni ada naif sikit laa. Haha. Mula-mula shift pertama tu memang semua masih sedar laa. Shift pertama dijalankan oleh Yen, Tan dan Winnie. Kerja diorang mudah je. Kira berapa banyak orang dalam bilik dan kerahkan orang yang bangun, tidur. Tu je kot. Tak lama lepas tu, mata Ejad semakin berat dan terus menuju ke alam mimpi.

Ejad tidur dulu sebab shift Ejad lama lagi. Tidur punya tidur, Ejad tak sedar masa bertugas Ejad dah tiba. Member sebilik yang sama dengan shift Ejad ialah Leleq dan Diba. Memang rasa macam nak meletup laa hati sebab tak sedar. Ejad sedar pukul 7 pagi. Erti kata lain, Ejad tak bertugas. GILA WEIIII ! Sepanjang pagi tu, hati Ejad memang tak tenteram dan tak aman langsung. Dipenuhi dengan rasa bersalah melampau tahap dewa naga berapi. Semuanya hangat-hangat chicken poop. Ejad ambil shift 3 sebab nak tengok member Ejad tidur. Tapi, tak sedar pulak. Bangun je nak kemas-kemas barang dalam bilik mengawal, Leleq cerita kat Ejad. Dier cakap yang dier sedar pukul 4.30 pagi. Dier ada bangunkan si Diba, tapi Diba cakap, "Tak yah laa bertugas. ." dan terus Leleq sambung tidur balik. Mistake nya, Leleq tak bangunkan Ejad. Haaaaa. Apa boleh buat. Nasi dah jadi bubur.

Sekarang, Ejad nak cerita pasal elemen tali tinggi. Menatang ni dipecahkan kepada 2 bahagian; FLYING-FOX dan ABSEILING. Flying-fox macam flying-fox tu laa. Tak kan tak tau. Kalau abseiling tu, turun kat dinding tu. Susah giler nak cerita kot. Al-kisah pada satu pagi yang indah, cikgu buat pengumuman. Dier suruh kitorang pakai full celoreng sebab nak main menatang ni. Satu dewan gembira macam menang loteri. Apa lagi, semua bergegas laa ke bilik, tukar baju. Pergerakan dimulakan di dewan. Didahului oleh kompeni Alpha dan diikuti oleh kompeni Bravo, Charlie dan Delta. Kitorang bergerak menuju ke tempat tali tinggi. Cikgu Kamis, mendemostrasikan bagaimana menatang tu berfungsi. Turun je dier dari something macam pelantar tu, semua pelatih buat bunyi. WOOOOOOOOOOOOO. Sakai. Okey, Ejad pun macam tu. HAHAHA. Kompeni Alpha memulakan pergerakan ke pelantar flying-fox. Lepas tu Bravo. Kitorang dari kompeni Charlie dan Delta lama giler tunggu diorang nak settel. So, kitorang buat satu aktiviti yang diberi nama TALIPON blablabla. Wira dan wirawati diasingkan. Kitorang main kat area kembara halangan. Rest punya rest, then cikgu cakap Charlie Delta tak payah main flying-fox. OKEY SEMUA BENGANG. Mana tak nye. Kitorang bilik Charlie Delta jauh giler dari dewan, then suruh pakai full celoreng dari pagi sampai petang, nak bukak baju celoreng nanti kena NKB, kitorang duduk berpanas dibawah cahaya matahari berkepanasan 100 darjah celsius, pokok pun takde lepas tu tak suruh kitorang duduk kat dewan. Memang buang masa je arr. Selang beberapa hari kemudian, kitorang diberi pelepasan main menatang ni. Tapi bukan flying-fox. PROTES. Semua nak flying-fox. Diorang Alpha Bravo stay kat dewan. Ni satu lagi. Dulu kitorang  susah giler kot nak duduk kat dewan tapi diorang pulak dapat. Sungguh ketidak-adilan. HAHAHA. Ejad masih ingat waktu Ejad tengah syok-syok turun buat abseiling, Ejad terkandas kat tengah-tengah dinding. Cikgu banyak bising-bising sampaikan Ejad jerit "DELTA" waktu turun tu. Ejad tak lah gayat sangat. Lepas dah settel Ejad buat abseiling, Ejad dengan selambanya nak buat lagi. One word; SERONOK.

(to be continued. .)